ENGLISH
BAHASA MELAYU

ABOUT PERINNBAM MALAYSIA

Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia or Perinnbam Malaysia is an organization established exclusively to help develop and uplift all of the Indian community in Malaysia regardless of their religious and political beliefs . Read more...

 

NEWS UPDATES

21 Aug 2019
Pengasas dan Penasihat Agong Perinnbam Malaysia YBhg Tuan U. Thamotharan serta seluruh ahli Perinnbam Malaysia memberi amaran kepada semua ahli politik supaya hentikan amalan mengunakan Sekolah Tamil untuk tujuan politik. Motif anda adalah jijik dan Amaran ini adalah berikutan kenyataan tidak bertangungjawab bekas Menteri Tan Sri Rafidah Aziz yang menyatakan bahawa "Sekolah Tamil tidak perlu ditutup sebab sekolah-sekolah ini akan hilang dengan sendirinya." Kenyataan ini tidak dapat diterima oleh masyarakat India di negara ini lebih-lebih lagi apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh salah seorang senior dalam politik Malaysia.

Dahulunya, jika mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan negatif berkenaan Sekolah Tamil, dengan serta-mertanya pemimpin India dimasa Kerajaan lama akan menindas kenyataan negatif berkenaan. Pemimpin Kerajaan lama juga akan memastikan orang berkenaan memohon maaf atas kenyataan tersebut.

Malunya, Kerajaan sekarang mempunyai 4 pemimpin India dan tidak seorang pun memberi apa-apa maklumbalas terhadap Tan Sri Rafidah Aziz. Bukan baru untuk ahli politik negara ini mempolitikan Sekolah Tamil tetapi yang membuatkan Masyarakat India berasa kecewa adalah tidak seorang pun Menteri kaum India memberi maklumbalas terhadap kenyataan negatif ini.

Perinnbam Malaysia tidak pasti bahawa Tan Sri Rafidah Aziz mahukan Sekolah Tamil di negara ini ditutup atau memang sukakan publisiti bodoh seperti ini.

Perinnbam Malaysia memberi amaran kepada semua ahli politik supaya hentikan sama sekali amalan mengunakan Sekolah Tamil untuk tujuan politik. Tan Sri Rafidah Aziz perlu memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan beliau. Tindakan terhadap beliau perlu diambil oleh pihak Kerajaan.

Nandri.
Namathu Otrumai Samuthaya Valarchi - Admin.. Read more...

..................................................................

21 Aug 2019
Perinnbam Malaysia bersama MIC Gombak telah menganjurkan Tanneer Panthal sempena Perayaan Tahunan Kuil Sri Maha Kaliamman Sentul Kuala Lumpur. Lebih 8 ribu minuman telah diberikan kepada para penganut serta orang ramai.
Pengasas dan Penasihat Agong Perinnbam Malaysia YBhg Tuan U. Thamotharan telah memberi sumbangan minuman kotak dan air mineral manakala Pengerusi MIC Gombak Tuan. Sukumaran memberi sumbangan air siap limau.

Perayaan tahun ini membuktikan pertambahan dalam angka para penganut dan orang ramai. Program ini dijayakan oleh Wanita Perinnbam Malaysia dan Wanita MIC Gombak. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kuil atas kerjasama yang diberi. Terima kasih juga kepada Dato' Shihan P. Arivalagan President Perinnbam Malaysia, Puan Malliga Naib President Perinnbam Malaysia, En. Kuberan. S Setiausaha Agong Perinnbam Malaysia, En. Gobiraj Kathan Setiausaha Agong MIC Gombak serta ahli dan sukarelawan Perinnbam Malaysia serta MIC Gombak yang telah turun padang menjayakan program ini.

Nandri. Namathu Otrumai Samuthaya Valarchi - Admin
Read more...

..................................................................



 

 
 

© 2012 All Rights Reserved. Perinnbam Malaysia
Site by HUZZEN